Tuesday, January 31, 2017

Kembara Acheh #1

Bismillah. Mari cuba mulakan catatan pertama untuk kembara Acheh tempoh hari. Dah lama tak menconteng kat dalam ni, jadi mungkin agak kekok. Sila teruskan membaca, jika ada sebarang susun kata atau gaya bahasa yang tak kena, mohon dimaafkan. Haha.

Sebenarnya pada 26 Januari 2017 (Khamis) tu kami sepatutnya masih bertugas di sekolah, namun atas sebab yang tak dapat dielakkan, terpaksa juga menerbangkan diri pada hari tu. Tiket dah tempah waktu 2016 lagi, sayang kalau terpaksa burn. Huhu. Jadi pada petang 25 Januari, selepas selesai mesyuarat kantin sekolah, saya bergegas pulang. Banyak lagi sebenarnya barang yang belum selesai dikemas. Waduhh. Memang sangat penat bila terpaksa jadi kelam-kabut. Siapa suruh suka sangat buat kerja last minute, kan? 😂

Alhamdulillah, malam tu kami satu bas bergerak ke KLIA 2. Penerbangan kami dijadualkan pada jam 7.55 pagi. Jadi nak tak nak memang kena gerak awal, untuk selesaikan urusan check in dan sebagainya. Letih toksah cerita. Memang letih yang amat! Lebih bertambah letih bila kau tak reti tidur atas kenderaan atau tidur merata-rata di sekitar airport! Haha. Padan muka diri sendiri. 

Boarding pass & buku merah
Ada cerita sebenarnya di sebalik boarding pass dan buku merah ni. Mujur kami sampai awal di KLIA 2 malam tu, jadi segala urusan dapat diselesaikan awal, walaupun ada masalah sikit dengan passport. Apa boleh buat, nama yang dihantar tu berbeza dengan nama yang ada dalam buku merah. Tapi alhamdulillah selesai juga sebab dalam buku merah tu ada je punn nama seperti yang dihantar tu. Cuma mungkin sistem atau pihak yang mengurus tu tak perasan. Moral of the story? Make sure nama yang korang hantar waktu booking tiket tu sama dengan nama dalam buku passport. Hihi.

Taklimat sebelum check in oleh Ustaz Habibillah

Lepas Subuh, kami dah standby untuk masuk ke dalam kapal. Lucky me, waktu pergi dapat seat sebelah tingkap. Tapi yang tak lucky nya, tak dapat tidooo! Haha! 😂😭

Subhanallah
Waktu melihat gumpalan-gumpalan awan tu, dan waktu melihat permukaan bumi Malaysia yang makin lama makin jauh dan makin kecil, rasa macam kerdil sangat diri ni. Subhanallah. Luas betul bumi ciptaan Allah. Dan lantas teringatkan ayat-ayat Allah yang ada dalam al-Quran, tentang cerita-cerita bagaimana keadaan apabila Allah hancurkan gunung-ganang menjadi seperti debu yg berterbangan. Entah bagaimana agaknya. Tak terbayang dek akal. Gumpalan awan yang begitu banyak tu pun rasa macam dah cukup berat kalau tertimpa kepada bumi. 😭

Bergambar kenangan di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Banda Acheh.
Sebaik sahaja tiba di Banda Acheh, tempat pertama yang kami lawati adalah Perkuburan Massal, iaitu salah satu perkuburan yang menempatkan sebahagian besar mangsa-mangsa tsunami. Kuburan yang tidak bertanda. Cukuplah kematian sebagai suatu peringatan. Takkan ada seorang pun yang akan dapat lari dari kematian. Apa yang kita boleh usahakan adalah berdoa moga-moga matinya kita itu nanti dalam lindungan dan rahmat Tuhan. *lepas habis taip perenggan ni, terus keluar lagu Menanti Di Barzakh di radio Ikim.fm. Huhu. 😣*

Di Perkuburan Massal
Usai berziarah ke Perkuburan Massal, kami dibawa ke Kedai Kopi Solong (kalau tak salah nama lah). Kat Acheh ni salah satu perkara yang famous adalah kopinya. Seriuss. Siapa yang minat kopi sila jangan lupa bawa balik kopi Acheh. Sebab saya sekarang ni sedang merindui aroma kopi Acheh dan menyesal tak bawa balik sepaket dua. Haha! 😂😣😭

Sarapan pagi.
Tu acik tudung biru yang sedang berdiri tu tengah
mengambil pesanan agaknya. Haha. 
Rasa mengantuk yang amat sebenarnya pagi tu. Sebab tak dapat tidur kann malam tu. Tapi lepas pekena kopi sanggar yang enak, alhamdulillah terbuka sikit mata. Hihi. Lepas sarapan, kami dibawa melawat ke Muzium Acheh. Di sana terdapat pameran pelbagai khazanah dan sejarah Kerajaan Acheh dahulu kala.

Rumoh Acheh
Diringkaskan cerita, kami ke Gunongan Puteri Pahang pula. Waktu tu matahari agak terik. Berbeza dengan cuaca di Malaysia yang kerap-kerap hujan masa tu. Huhu. Nak tahu kisah Gunongan Puteri Pahang ni? Boleh google untuk dapatkan cerita yang lengkap. 😇

Bergambar kenangan, tapi tidak berlatarbelakangkan
Gunongan Puteri Pahang sebab cuaca panas terik.
Kami tiba di Hotel Rasamala, hotel tempat kami menginap selama kami di Banda Acheh. Pada pendapat saya hotel ni tak kurang bagusnya. Okey je kalau awak semua nak menginap di sini jika berkunjung ke Banda Acheh, sebab perkhidmatan yang diberi agak baik dan kemudahan yang disediakan pun agak selesa. Sebelum check in hotel, kami menjamu selera di sebuah kedai Nasi Ayam Penyet berhampiran dengan hotel tempat kami menginap. Lebih kurang jam 2.30 petang waktu tempatan, kami keluar semula dari hotel untuk ke Rumah Cut Nyak Daeng. Beliau merupakan seorang pahlawan wanita Acheh yang amat dikagumi kerana keberaniannya melawan musuh. Gambar-gambar waktu melawat ke Rumah Pahlawan Wanita Acheh ni tak dapat saya muatnaik ke sini sebab...sebab saya mengantuk waktu tu! Adehh...jadinya koleksi gambarnya tiada yang bagus-bagus untuk dimuatnaik. Padan muka saya sekali lagi. 😂


Boleh tak kalau nak stop dulu kat sini? Panjang bebenor kisahnya. Serius, walaupun satu hari, kisahnya memang cukup panjang. Perasaannya? Tentulah amat manis! Lebih-lebih lagi apabila dipertemukan dengan acik-acik haji hajah yang sporting dan best! Hehe. Nak baca lagi ke? Kalau sudi, silakan ke post yang seterusnya. Hingga ketemu lagi!