Monday, October 12, 2015

Motivasi : Guru Abad Ke-21

Siapa mahu jadi GURU?

Semua maklum bahawa tugas sebagai seorang guru atau lebih tepat lagi sebagai seorang pendidik bukan mudah. Ramai yang menganggap tugas mendidik ni amat sukar, lebih-lebih lagi nak mendidik generasi zaman sekarang ni. Tapi tak kurang juga yang masih menganggap tugas seorang guru itu mudah; pergi sekolah-mengajar-balik sekolah. Itu basic, memang betul. Tapi sebenarnya banyak lagi tugas-tugas guru yg anda tidak tahu selain daripada pergi sekolah balik sekolah setiap hari termasuk hari cuti. Haa. Nak cerita pasal pendokumentasian je pun tak cukup satu blogpost. Haha

Almaklumlah, zaman dah semakin moden. Semuanya nak kena guna teknologi. Apa-apa guru buat, apa-apa program, apa-apa sistem, mestii nak kena guna teknologi. Bagi yg muda-muda dan yg minat IT ni tak ada masalah. Tapi bagi yg tak berapa muda dan yg tak berapa minat IT? Mengeluh saja lah hampir setiap hari. :p

Itu cerita tentang tugas-tugas yg perlu buat selain mengajar. Kita masuk pula bab tugas mengajar murid di dalam dan di luar kelas. Guru sekarang memang kena up-to-date, kena sentiasa cakna dengan perubahan-perubahan gaya pengajaran dan pembelajaran (PdP) yg KPM gariskan. Terkini, gaya pembelajaran abad ke-21. Perlu canggih, perlu inovatif, perlu berpusatkan kepada murid dan bahan, takmau selalu bagi spoonfeeding, biar murid explore sendiri, dan macam-macam lagi. Haa, kat sini lah masalah yg akan timbul bagi guru-guru novis macam saya yang tidak berapa kreatif.

Gambar kenangan terakhir dengan anak-anak murid sekolah pertama :')

Menjadi seorang yg kreatif bukan mudah! Bagi saya, menjadi kreatif tu adalah satu anugerah yg amat berharga dan amat perlu dihargai. Puas saya cuba jadi kreatif tapi setakat ni masih belum mampu menjadi sebagaimana rakan-rakan yg lain. Sobs. Tapi tetap kena cuba dan cuba menjadi kreatif walaupun kerapkali rasa down sendiri dan rasa give up. Dalam stage ni, MOTIVASI sangat sangat sangat penting. Huuu.

Tak habis-habis sentuh pasal motivasi kan? Entry yang lepas pun bebel pasal motivasi juga. Penting rupanya motivasi dalam kehidupan seharian manusia. Yelah, kalau tak ada motivasi, takkan lah ada orang yg semangat nak bangun pagi. Kalau tak ada motivasi, mana mungkin akan ada org yg akan ke sana sini utk mencari rezeki? Tanpa motivasi juga, takkan lah ada orang yg sibuk ke situ ke sini utk window shopping? Haha. Motivasi adalah 'sesuatu' yg menggerakkan kita untuk mencapai sesuatu hajat atau keperluan. Jadi pada saya, motivasi amat amat amat diperlukan dalam kehidupan seharian. Wah, dah macam buat esei ni. :p

TIPS UNTUK GURU NOVIS ABAD KE-21

Bila sebut kena buat itu ini, dah ramai yg rasa cuak dan takut. Rileks, tak semua guru novis akan hadapi masalah yg sangat berat sehingga rasa tak tertanggung. Huhu. Dan tak semua juga yg dapat menempuh semua halangan dalam peringkat ni dengan begitu berjaya. Setiap daripada kita akan diuji dengan ujian yg mampu kita tanggung. Allah ciptakan masalah bersama dengan penyelesaian. Takkanlah Allah nak jadikan sesuatu tu sia-sia? Lagipun Allah dah janji, dalam setiap kesusahan akan ada bersamanya kesenangan (Surah al-Sharh, ayat 5-6). Yakin!

Bila rasa sukar, apa yg anda perlu buat? Berdasarkan pengalaman saya yg baharu setahun jagung dalam dunia pendidikan (sewaktu post ini ditaip), saya berpendapat, antara perkara yg kita boleh lakukan adalah :

- Refleksi diri sendiri, nilai diri sendiri 
- Betulkan niat, LILLAHI TA'ALA! 
- Cuba tanam rasa kasih kepada murid sekiranya anda rasa bermasalah dengan murid 
- Cari rakan yg boleh mendengar masalah anda 
- Rujuk masalah anda kepada senior yang telah lama berada dalam dunia pendidikan 
- Minta pendapat daripada senior-senior 
- Rajin bertanya, rajin buka mulut untuk bertanya 
- Sentiasa cakna dengan perubahan dalam dunia pendidikan 
- Belajar mempelbagaikan strategi pdp supaya murid tak 'lemau' & rasa seronok belajar dengan kita 
- Fahami keperluan murid

Banyak lagi yg anda boleh buat. Yang penting jangan pernah putus asa untuk mencuba. Saya juga selalu kalah dengan emosi sewaktu nak menangani masalah yg melibatkan pengajaran dan pembelajaran ni. Tapi lagi sekali saya tegaskan, carilah MOTIVASI yang dapat menggerakkan kita utk bangkit kembali dari rasa jatuh kita. Serius, anda pasti akan rasa puas hati apabila cubaan demi cubaan yg kita lakukan tu membuahkan hasil walaupun sedikit dan tidak banyak.

Kem Cemerlang Jawi bersama anak-anak murid di sekolah terkini

Mendidik ni umpama menitiskan air ke atas batu. Ye, biar 10 kali, 20 kali kita ulang sebut benda yg sama dan murid tetap tak dapat hadam, teruskan usaha dan mencuba. Manalah tahu, mungkin cubaan ke-10 tak membuahkan hasil, tp dengan izin Allah cubaan yg ke-13 membuahkan hasil? Hah, cuba!

Pernah juga sahabat-sahabat seperjuangan mengingatkan; hati yang sakit tak akan mampu mendidik hati-hati yg lain. Sentap! Serius, hanya hati yg hidup sahaja yg akan mampu menghidupkan hati-hati yg mati. Bagaimana nak menghidupkan hati? Kembali pada Yang Memegang dan Yang Maha Membolak-balikkan Hati. Sobs.

Sekian sahaja perkongsian dari seorang guru novis yg belum sampai setahun pun mengajar di sekolah-sekolah postingnya. Belum banyak pengalaman tapi sudah banyak membebel. Huhu. Moga-moga post ini menjadi peringatan kepada diri saya sendiri utk terus mencuba dan mencuba. 

Seorang pendidik perlu hati-hati dan amanah dlm menjalankan tugasnya sebab pekerjaan seorang pendidik ni melibatkan masa depan. Pensyarah di IPG pernah menyebut, silap seorang doktor hanya akan membinasakan seorang pesakit. Tapi silap seorang guru akan membinasakan seluruh generasi! Na'uzubillahi min zalik, moga-moga Allah memelihara dan memudahkan urusan para pendidik sekalian dalam usaha nak membentuk generasi kini menjadi anak-anak berguna di dunia dan di akhirat.

Aminn Ya Rabb!


5 comments:

ape ape said...

Tahniah hebat...

Nur Ilyani Abd Munir said...

wah kak, dah lama x baca blog ni. Thanks for the tips. InsyaAllah, akan cuba sebaik mgkin. Amin 😀

Suriya Majid said...

salam kenal, tabik dengan guru2 ni. antara insan yang tabah.

Mohd Sharafie Ahmad said...

Assalamualaikum..bila baca entri ni teringat zaman mude² masa jadi guru sambilan tidak terlatih..Memang mencabar jadi guru ni..Kalau yang panas baran tu bawak² la selalu pegi kaunseling siyes tak boleh tahan dengan perangai murid zaman moden ni..

Paling penting sekali dalam mendidik ni, Dont Lose Hope pada pelajar² ni..Depa ni nampak macam zero tapi bila bagi tugasan tu baru nampak yang depa ada harapan untuk terus berjaya..

Semoga cikgu Siti teruskan usaha menjadi pendidik yang terbaik untuk masa sekarang dan masa hadapan...

#kipidap #dongibab

Bintu Sazali said...

Tq atas komen-komen yang begitu membina! 😀