Wednesday, February 1, 2017

Kembara Acheh #2

Masih lagi cerita di hari pertama.

Lupakan kisah mengantuk dalam post sebelum ni. Haha. Jomm teruskan berjalan. Hihi. Kami ke Masjid Rahmatullah di Kampung Lampuuk, antara kampung yang terlibat dalam kejadian tsunami 2004. Usai menunaikan solat, kami mendengar kisah dari salah seorang penduduk yang terselamat dalam kejadian tsunami. Sebelum tu pun saya sempat berbual dengan seorang makcik yang berasal dari kampung tersebut. Sayu rasa hati bila diceritakan pada waktu air laut telah naik dengan laju, seluruh kampung tenggelam dan orang-orang kampung semuanya hanyut. Makcik yang bercerita ni kata, waktu dihanyutkan tu dia sendiri tenggelam timbul lebih kurang tiga kali. Airnya hitam, gelap, pekat tak nampak apa-apa. Alhamdulillah Allah hanyutkan dia ke kaki bukit dan masih dapat bernyawa setelah kejadian yang mengerikan tu.

Waktu masuk ke dalam masjid ni, serius rasa sayu tak boleh nak dibendung. Tak tahu kenapa. Sebak, mudah sangat air mata jatuh. Lagi-lagi bila melihat gambar-gambar yang dipamerkan di satu sudut masjid. Dan satu perkara yang saya cukup kagum dengan orang-orang Acheh yang terselamat ni, bibir mereka tak lekang menyebut ungkapan "alhamdulillah" tiap kali bercerita. Subhanallah. 

Kerosakan akibat tsunami yang masih dikekalkan hingga kini
Mendengar kisah dari warga yang terselamat

Pandangan dari luar kawasan Masjid Rahmatullah
Selesai berziarah di Masjid Rahmatullah, kami dibawa ke Desa Gurah, Peukan Bada, Banda Acheh yang menempatkan lokasi Kubah Hanyut. Apa yang menarik dengan kubah ni? Sebenarnya, peristiwa kubah hanyut di kampung ini menunjukkan kekuasaan Allah yang kita rasa tak logik berlaku. Asalnya kubah ini adalah milik sebuah masjid jamik di Desa Lamtengouh. Menurut Kak Seri yang menjadi jurucakap di tempat ini, masjid jamik yang dimaksudkan tu terletak di sebalik bukit besar berhampiran lokasi kubah ini hanyut. Namun kuasa Allah, kubah seberat 80 tan (kalau tak silap) ni boleh hanyut merentasi dan mengelilingi bukit dan turut menyelamatkan tujuh orang penduduk serta naskhah-naskhah al-Quran di atasnya. Subhanallah. 


Bergambar kenangan di hadapan Kubah Hanyut

Apabila hampir menjejak senja, kami bergerak ke Masjid Topi Teuku Umar untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak. Uniknya masjid ini adalah disebabkan kerana kubahnya yang berbentuk topi Teuku Umar. Secara keseluruhannya saya mendapati masjid-masjid di sekitar Banda Acheh rata-rata memiliki struktur binaan kubah yang amat cantik. Serius cantik-cantik! Walaupun badannya belum siap, tapi kubahnya mesti dah tersedia terlebih dahulu. Unik kan? 😉

Masjid Topi Teuku Umar
Sebagai penutup bagi perjalanan kami pada hari itu, kami singgah makan malam di Warong Soto Bang Is. Masa tu semua memang dah kepenatan rasanya. Jadi agak huru-hara sikit la kedai tu masa tu. Haha. Semua dah lapar, lepas tu makanan datang lambat. Sabar je lah ye. Yang penting alhamdulillah dapat juga mengisi perut yang kelaparan. 😏

Menunggu dengan penuh kesabaran

Okey, selesai cerita untuk hari pertama! Haha. Cerita hari pertama pun dah telan dua post. Tak sabar nak cerita untuk hari-hari yang seterusnya lagi. Cerita-cerita dapat hadiah hari lahir, dapat ibu, dapat ayah, haha. Semuanya manis! Nanti kita sambung lagi ye. Terima kasih atas kesudian membaca. Hingga ketemu lagi!



2 comments:

ape ape said...

Tahniah..ingat semua tmpat..anda hebat dan sgt prihatin

Bintu Sazali said...

Ingat-ingat lupa jugak pak ustat. Kena belek nota juga. Hehe