Saturday, February 4, 2017

Kembara Acheh #6

Pagi hari terakhir, awal-awal pagi lagi selepas solat Subuh kami dah turun dengan barang-barang. Sarapan laju-laju (taklah laju sangat) dan kami terus bergerak ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda.
Suasana yang dirakam dari tingkat atas

Antara gambar yang saya suka! 💖
Bergambar kenangan dengan Ibu (Ustazah Marilah) 😘
Gambar ni pun saya suka! 😍
Mujur sempat bergambar dengan Kak Ani dalam bilik hotel. Hihi
Bergambar kenangan dengan Kak Siti & Encik Anuar
Gambar-gambar yang saya ambil secara "wefie" tu mostly dengan mulut saya terbuka. Ciss. Haha! Sebab apa jadi camtu? Sebab kita kira dulu sebelum tekan butang kamera. Satu, dua, tiga! Mulut terbuka tu sebab perkataan "tiga" tadi lah. Habis semua gigi dengan double chin pun nampak. Haha 😋
Pemandangan dari tempat duduk dalam kapal terbang
KLIA 2 : Let's catch your baggage! 😅
Promo Khas Darul Muttaqin Travel!
Sebenarnya kalau nak catatan masa yang tepat, mohon ampun dan maaf kerana saya tak berapa ingat precisely bila waktu penerbangan, bila waktu landing. Haha. Tu yang fail tu bila kena buat minit mesyuarat. 😝 Ok takpe, lain kali kita buat catatan siap catat masa sekali wokeyyy..

Alhamdulillah, lebih kurang jam 11 pagi macam tu, kami selamat sampai di KLIA 2. Lepas selesai urusan bagasi dan lain-lain, maka berkumpullah kami untuk menunggu bas nak pulang ke Muar.

Hari akhir ni nampak macam takde apa yang berlaku. Tapi dari awal pagi tadi sewaktu masih di Banda Acheh saya dah bisik pada diri walaupun ni last day & tak ada kembara lagi dah di bumi Acheh, saya harap Allah tunjukkan sesuatu juga untuk saya, moga-moga musafir saya tak sia-sia. Ingat ya, Allah tu Maha Mendengar! Tak sangka pula memang ada sesuatu yang berlaku haritu!

Kami berhenti rehat dan solat di R&R Seremban. Waktu tu saya terus ke tempat makan untuk menjamu selera. Dah la dalam bas tak dapat tidoq, lepas tu perut rasa lain macam dan mulut pula rasa malassss yang amat nak telan apa-apa. Jadi menu bihun sup jadi pilihan. Mudah sikit nak telan. 😅

Waktu tu dah mula terdetik macam ada sesuatu yang nak berlaku. Tapi abaikan aje. Saya makan sambil borak-borak dengan makcik pakcik sebelah, yang katanya baru balik dari menghadiri undangan majlis perkahwinan di Bangi. Borak borak borak, makan makan makan, akhirnya habis semangkuk bihun sup. Masa makan tu, saya buat satu benda yang orang kata "buang tabiat". Haha. Selalunya saya letakkan purse dalam poket baju vest yang saya pakai. Tapi entah kenapa tiba-tiba buang tabiat letak atas riba je. Lepas tu tak ingat langsung, dan berjalan ke tempat lain macam tak ada apa yang tercicir. 😅

Nak dijadikan cerita, waktu duduk-duduk dengan Ustazah Khalijah baru saya perasan ketiadaan purse. Itu pun tersedar sebab nak order teh tarik! Adeh. Lepas tu mulalah kalut. Tapi dalam hati belum rasa betul-betul cemas sebab rasa macam purse saya belum pergi jauh & akan pulang semula.

Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar dan begitu cantik aturan Allah. Waktu saya kembali ke tempat makan pertama, Ustaz Habibillah, Haji Masri, Encik Anuar & Kak Siti masih di situ, lantas saya tanyakan tentang purse, manalah tahu ada ternampak. Tiba-tiba abang sebelah tegur. Mungkin sebab dia nampak kami tercari-cari sesuatu. Abang tu kata dia baruuuuu je ternampak pekerja ambil purse bawah kaki Haji Masri dan bawa purse tu ke tempat lain. Cepat-cepat Ustaz Habibillah & abang tadi ke tempat pekerja berkumpul dan bertanya.

Masa tu agak segan lah sebab tak pasal-pasal dah menyusahkan orang lain pula. 😩 Setelah berpusing tanya situ sini, tiba-tiba dapat call dari Encik Anuar. Katanya purse dah dipulangkan. Wahh? Begitu cepat! Kami terus ke tempat makan tadi dan Haji Masri serahkan purse kepada saya. Katanya pekerja tadi datang ke tempat mereka dan beri purse tu kepada Haji Masri. Alhamdulillah. Tak tahu nak kata apa. Tapi rasa segan apa semua pun ada. Allahuakbar.

Tengok, begitu cepat kan Allah tunjukkan pengajaran-Nya? Bagi saya moment tu sangat berharga sebab saya sangat berterima kasih pada semua yang bersusah membantu, termasuk kepada abang yang jadi saksi awal-awal tadi. Cantik jalan cerita Allah. Macam-macam cara Allah boleh buat untuk bagi kita pengajaran, tinggal kita je yang tahu atau tidak nak menilai sesuatu tu bagaimana. 😣

Alhamdulillah, selesai di R&R Seremban, kami terus bertolak pulang & dekat-dekat jam 5 petang kami sampai di hadapan pejabat Darul Muttaqin Travel. Dengan itu tamatlah satu kembara yang memberi beribu makna buat saya dan ahli rombongan yang lain. Moga-moga apa yg kami dapat dan kongsikan ni turut dapat memberi inspirasi dan pengajaran buat semua yang membaca dan mendengar.

Terima kasih atas kesudian membaca kisah Kembara Acheh dari episod 1 sampailah yang akhir ni. Cuti sekolah pun dah habis. Maka bermulalah mood kembali bekerja! 😁



**************
**************


No comments: