Wednesday, February 1, 2017

Kembara Acheh #3

Hari kedua. Pagi tu kami bersarapan dahulu di hotel. Alhamdulillah, menu tiada masalah. Makanan sama lebih kurang macam kita di Malaysia. Cuma seperti yang saya jangka (sebab dulu waktu melawat ke Gontor, Indonesia juga telah mengalami dan merasai), makanan yang disediakan pasti kaya dengan bau dan rasa rempah. Saya tak pasti rempah apa yang digunakan, tapi masih boleh telan. Hehe. Memang best, ala-ala makanan Jawa. Cukup mengenyangkan. 

Kenapa tak kenyang pulak kan?
Tengok je lah nasi dalam pinggan tu hah! Haha 😋
Abaikan tukang ambil gambar yg bermuka kembang 😹
Setelah semua siap bersarapan, kami berkumpul dan bergerak ke lokasi yang menempatkan Kapal Atas Rumah di Gampung Lampulo (Gampung : Kampung). Penerangan tentang peristiwa kapal atas rumah ni diceritakan oleh seorang wanita warga Acheh. Beliau dan keluarganya turut terlibat dalam peristiwa tsunami 26 Disember 2004. Maaf sebab saya lupa nama makcik ni. Takut salah tulis nanti kena potong markah 😅

Khusyuk mendengar bagaimana asal-usul terdamparnya kapal di atas rumah

Gerai jualan bersebelahan dengan lokasi Kapal Atas Rumah.
(Kat sini ada pakcik belanja kuih Acheh. Alhamdulillah rezeki. Hihi)


Kapal yang tersadai atas rumah Pak Misbah & Ibu Abasiah akibat tsunami

Seperti biasa, wajib bergambar berkumpulan 😉

Selesai melawat Kapal Atas Rumah, kami dibawa ke Muzium Tsunami Acheh yang dibina khas selepas tsunami, untuk mengingati perstiwa besar tersebut. Pelbagai pameran gambar-gambar pra dan pasca tsunami dalam muzium ni.

Kalau anda semua datang ke sini, jangan terlepas untuk masuk ke bilik tayangan ye. Di situ video klip mengenai peristiwa sebelum, semasa dan sesudah tsunami di Acheh akan dipertontonkan kepada kita. Waktu tu taktau la perasaan apa yang singgah. Takut, seriau, ngeri, sedih, sayu, ingat mati, semua ada. Begitu hebat kuasa Allah, Dia datangkan ujian yang amat dahsyat untuk memberi pengajaran dan untuk mengajak manusia kembali kepada-Nya. Kita macam mana? Nak tunggu Allah datangkan bala dan ujian yg dahsyat-dahsyat dulu ke baru nak berubah nak bertaubat? Sobs. 😔 #selfnote

Perkarangan Muzium Tsunami Acheh

Antara nama-nama mangsa tsunami yang terkorban

Ruang pameran pra & pasca tsunami

Apa la yang ditengoknya semua org kat sini..khusyuk nampaknya 😅

Sempat singgah beli kuih-kuih Acheh di kedai cenderahati dalam kawasan muzium.
Jangan risau, harga berpatutan, lebih kurang je dengan harga di Pasar Acheh 😉

Comel kan gambar ni? Alololoo 🙈
(Imam Hj Bajuri & Acik Juliah)

Bergambar sekali dengan salah seorang supir,
Encik Rosli yang glamour. Haha.
Waktu tengahari, yang pria semua dihantar ke Masjid Raya Baiturrahman untuk solat Jumaat. Kami para wanita dihantar pulang ke hotel untuk solat dan berehat. Waktu pulang ke hotel tu saya menaiki kereta yang dibawa oleh Encik Rosli, seorang warga Acheh berketurunan India. Dia sendiri yang sebut tau, bukan sy reka cerita. Hehe. Tapi walaupun berketurunan India, percakapannya memang tiada beza dengan warga Acheh yang lain.

Kami berpeluang juga mendengar kisah bagaimana Encik Rosli dan keluarga menyelamatkan diri ketika badai tsunami melanda Banda Acheh dahulu. Katanya waktu itu dia masih muda-mudi dan kebiasaannya pagi-pagi dia & rakan-rakan akan ke pantai untuk mandi-manda & berseronok. Tapi entah kenapa, ditakdirkan pada hari itu semua rakan tak mahu ke pantai. Rumah Encik Rosli ni memang agak jauh dari tempat yg terkena tsunami. Sewaktu bah melimpah akibat tsunami, dia dengan nekad membawa LIMA orang naik atas motor dan pergi ke tempat yg selamat. Lima orang tu termasuk seorang kakaknya yang BARU 20 HARI melahirkan anak! Allahu. Dan Encik Rosli kata, kalau waktu biasa-biasa, mana muat nak naik atas motor lima orang. Tapi haritu semua dapat naik dan dapat diselamatkan. Ajaib kan? Maha Suci Allah yg telah mentakdirkan segala sesuatu.

Sampai di hotel, kami berehat di bilik masing-masing sementara menunggu yang pria ni pulang dari Solat Jumaat. Tapi kan, ada sesuatu yang terjadi petang tu. Jeng jeng jengg...apa yang terjadi tu? Haha. Akan bersambung kisah ini dalam post yang seterusnya! 😋




**************
**************

1 comment:

ape ape said...

Tahniah..Mak cik yg terangkn ttg bot hanyut..nilawati