Monday, January 30, 2017

Trip Kembara Acheh

Alhamdulillah. Setelah merancang semenjak Oktober 2016, akhirnya pada 26 Januari hingga 29 Januari 2017, terlaksana juga impian untuk keluar bermusafir melihat bumi Allah yang terbentang luas. 

Alhamdulillah, direzekikan Allah untuk menjejak bumi barokah, bumi Serambi Mekah, bumi Acheh yang dahulunya pada tahun 2004 pernah dilanda badai tsunami yang dahsyat.

Kisah-kisah sepanjang kembara di bumi Acheh akan saya kongsikan di sini. Ambil mood dulu sebelum menaip sungguh-sungguh melalui papan kekunci laptop. Hihi. Waktu ini pun masih rasa rindu lagi dengan suasana di sana, dengan ibu-ibu ayah-ayah yang turut serta dalam kembara Acheh, dan dengan bermacam peristiwa yg Allah rezekikan saya untuk mengalaminya sepanjang bermusafir di sana.

Sungguh, Allah Maha Mendengar. Jika niat sejak mula memang kerana Allah, pasti Allah akan tunjukkan kepada kita betapa besarnya nikmat-Nya, betapa agungnya kuasa-Nya. Subhanallah.

Tak sabar nak bercerita. Tapi waktu ni hanya mampu beri mukaddimah je dulu. Barang-barang cenderahati pun masih belum keluar lagi dari dalam beg. Hihi. Semoga diberikan peluang menulis catatan yang seterusnya. InsyaAllah. Hingga ketemu lagi!

- 29 Januari 2017 -
Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Rabb!


Tuesday, January 17, 2017

2017 : Kembali Bersiaran!

Assalamualaikum.

Terasa macam hilang dari radar selama setahun. Haha! Post terakhir pada penghujung 2015, kemudian senyap sepi sunyi tanpa patah-patah perkataan yg selalunya menjadi wakil bicara dengan dunia maya.

Seriuslah. 2016 tahun pahit. 2017 lebih pahit. Hihi. Almaklum, baru masuk fasa-fasa yang agak mencabar, terpaksa keluar dari zon selesa. Tugasan bertimbun di sekolah, line internet pula tak cemerlang di rumah walhal kat rumah je la tempat sesuai nak online sambil goyang kaki. Sebab tugas-tugas rasmi lain e.g menjadi supir (bukan Uber 😋) dll pun kena jalankan juga. Jadi, sibuk dia tu fuhhh. Kalah Perdana Menteri! Haha!

And this year, setelah bertukar kepada telco yang baharu, yang lebih cemerlang liputannya sewaktu berada di rumah, alhamdulillah akhirnya dapat juga menaip di ruangan maya ni. Setelah sekian lama. Hihi.

Jadi, selamat datang tahun 2017! Moga-moga tahun ini diri bertambah lebih baik, lebih cekap dalam menjalankan tugas, lebih banyak belajar dari pengalaman dan lebih bijak & pantas dalam berfikir.

Aminn ya Rabb! 😊