Saturday, February 4, 2017

Kembara Acheh #6

Pagi hari terakhir, awal-awal pagi lagi selepas solat Subuh kami dah turun dengan barang-barang. Sarapan laju-laju (taklah laju sangat) dan kami terus bergerak ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda.
Suasana yang dirakam dari tingkat atas

Antara gambar yang saya suka! 💖
Bergambar kenangan dengan Ibu (Ustazah Marilah) 😘
Gambar ni pun saya suka! 😍
Mujur sempat bergambar dengan Kak Ani dalam bilik hotel. Hihi
Bergambar kenangan dengan Kak Siti & Encik Anuar
Gambar-gambar yang saya ambil secara "wefie" tu mostly dengan mulut saya terbuka. Ciss. Haha! Sebab apa jadi camtu? Sebab kita kira dulu sebelum tekan butang kamera. Satu, dua, tiga! Mulut terbuka tu sebab perkataan "tiga" tadi lah. Habis semua gigi dengan double chin pun nampak. Haha 😋
Pemandangan dari tempat duduk dalam kapal terbang
KLIA 2 : Let's catch your baggage! 😅
Promo Khas Darul Muttaqin Travel!
Sebenarnya kalau nak catatan masa yang tepat, mohon ampun dan maaf kerana saya tak berapa ingat precisely bila waktu penerbangan, bila waktu landing. Haha. Tu yang fail tu bila kena buat minit mesyuarat. 😝 Ok takpe, lain kali kita buat catatan siap catat masa sekali wokeyyy..

Alhamdulillah, lebih kurang jam 11 pagi macam tu, kami selamat sampai di KLIA 2. Lepas selesai urusan bagasi dan lain-lain, maka berkumpullah kami untuk menunggu bas nak pulang ke Muar.

Hari akhir ni nampak macam takde apa yang berlaku. Tapi dari awal pagi tadi sewaktu masih di Banda Acheh saya dah bisik pada diri walaupun ni last day & tak ada kembara lagi dah di bumi Acheh, saya harap Allah tunjukkan sesuatu juga untuk saya, moga-moga musafir saya tak sia-sia. Ingat ya, Allah tu Maha Mendengar! Tak sangka pula memang ada sesuatu yang berlaku haritu!

Kami berhenti rehat dan solat di R&R Seremban. Waktu tu saya terus ke tempat makan untuk menjamu selera. Dah la dalam bas tak dapat tidoq, lepas tu perut rasa lain macam dan mulut pula rasa malassss yang amat nak telan apa-apa. Jadi menu bihun sup jadi pilihan. Mudah sikit nak telan. 😅

Waktu tu dah mula terdetik macam ada sesuatu yang nak berlaku. Tapi abaikan aje. Saya makan sambil borak-borak dengan makcik pakcik sebelah, yang katanya baru balik dari menghadiri undangan majlis perkahwinan di Bangi. Borak borak borak, makan makan makan, akhirnya habis semangkuk bihun sup. Masa makan tu, saya buat satu benda yang orang kata "buang tabiat". Haha. Selalunya saya letakkan purse dalam poket baju vest yang saya pakai. Tapi entah kenapa tiba-tiba buang tabiat letak atas riba je. Lepas tu tak ingat langsung, dan berjalan ke tempat lain macam tak ada apa yang tercicir. 😅

Nak dijadikan cerita, waktu duduk-duduk dengan Ustazah Khalijah baru saya perasan ketiadaan purse. Itu pun tersedar sebab nak order teh tarik! Adeh. Lepas tu mulalah kalut. Tapi dalam hati belum rasa betul-betul cemas sebab rasa macam purse saya belum pergi jauh & akan pulang semula.

Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar dan begitu cantik aturan Allah. Waktu saya kembali ke tempat makan pertama, Ustaz Habibillah, Haji Masri, Encik Anuar & Kak Siti masih di situ, lantas saya tanyakan tentang purse, manalah tahu ada ternampak. Tiba-tiba abang sebelah tegur. Mungkin sebab dia nampak kami tercari-cari sesuatu. Abang tu kata dia baruuuuu je ternampak pekerja ambil purse bawah kaki Haji Masri dan bawa purse tu ke tempat lain. Cepat-cepat Ustaz Habibillah & abang tadi ke tempat pekerja berkumpul dan bertanya.

Masa tu agak segan lah sebab tak pasal-pasal dah menyusahkan orang lain pula. 😩 Setelah berpusing tanya situ sini, tiba-tiba dapat call dari Encik Anuar. Katanya purse dah dipulangkan. Wahh? Begitu cepat! Kami terus ke tempat makan tadi dan Haji Masri serahkan purse kepada saya. Katanya pekerja tadi datang ke tempat mereka dan beri purse tu kepada Haji Masri. Alhamdulillah. Tak tahu nak kata apa. Tapi rasa segan apa semua pun ada. Allahuakbar.

Tengok, begitu cepat kan Allah tunjukkan pengajaran-Nya? Bagi saya moment tu sangat berharga sebab saya sangat berterima kasih pada semua yang bersusah membantu, termasuk kepada abang yang jadi saksi awal-awal tadi. Cantik jalan cerita Allah. Macam-macam cara Allah boleh buat untuk bagi kita pengajaran, tinggal kita je yang tahu atau tidak nak menilai sesuatu tu bagaimana. 😣

Alhamdulillah, selesai di R&R Seremban, kami terus bertolak pulang & dekat-dekat jam 5 petang kami sampai di hadapan pejabat Darul Muttaqin Travel. Dengan itu tamatlah satu kembara yang memberi beribu makna buat saya dan ahli rombongan yang lain. Moga-moga apa yg kami dapat dan kongsikan ni turut dapat memberi inspirasi dan pengajaran buat semua yang membaca dan mendengar.

Terima kasih atas kesudian membaca kisah Kembara Acheh dari episod 1 sampailah yang akhir ni. Cuti sekolah pun dah habis. Maka bermulalah mood kembali bekerja! 😁



**************
**************


Thursday, February 2, 2017

Kembara Acheh #5

Pagi hari ketiga, selepas selesai sarapan, kami bersiap-sedia untuk ke Pasar Atjeh (sebut : Pasar Acheh). Tujuannya tak lain tak bukan of course laaa shopping! 😅

Ahli Kereta 😋
Sepanjang berada di Acheh, inilah insan-insan yang menceriakan kehidupan saya dalam kereta Innova kami. Hehe. Supirnya Ustaz Habibillah sendiri, yang berkopiah hijau tu. Berbaju merah Ustaz Zakaria, Guru Cemerlang Pendidikan Islam Daerah Muar (tudiaa). Yang berbaju coklat pula Imam Haji Bajuri dan isterinya yang bertudung coklat bercermin mata, saya gelarkan Acik Juliah. Pasangan romantik ni tau. Hehe. Comel je. 🙈 Kemudian yang bertudung merah tu Cikgu Rosni atau saya gelarkan Kak Rosni. Awal-awal kembara tu sy takut juga nak bertegur sapa dengan Kak Rosni. Almaklumlah belum begitu mengenali. Tapi bila dah kenal, woww..terbaik! 😘 Bersebelahan dgn Kak Rosni pula Ustazah Khalijah, Guru Takmir dari Muar dan juga Ustazah Ani, atau saya gelarkan Kak Ani, rakan sebilik saya sepanjang menginap di Hotel Rasamala.

Rasa bertuah dikelilingi insan-insan hebat sepanjang kembara ke Acheh ni. Ramai lagi insan hebat yang belum sempat saya ceritakan dalam catatan saya. Antaranya Ustazah Marilah yang saya panggil ibu, Ustaz Masri dan pasangan Encik Anuar & Kak Siti yang saya anggap seperti keluarga sendiri, Kak Hanim dan suaminya Dr Erman yang umpama abang dan kakak, dan ramai lagiii haji hajah yang sangat best & sporting! Alhamdulillah syukur kerana Allah beri pinjam mereka kepada saya sebagai hadiah hari lahir untuk tahun ini. Bercuti dengan mengecap rasa manis ukhuwwah, bukankah itu hadiah yang amat membahagiakan? 🙈

Ok jom layan gambar pula ye. Bagi can gambar bercerita. 😁

Taklimat dulu sebelum masuk pasar. 😉

Minum kopi sementara tunggu kedai dibuka
Pemandangan dari atas Pasar Atjeh
Tengok hasil tangkapan masing-masing 😋
Di dalam bangunan kedai Kuih Acheh
Di Pasar Acheh, macam-macam yang anda boleh dapatkan. Paling banyak dah tentulah pakaian, telekung, beg. Pakaian dalam pun ada kalau agak-agak habis stok! 😅

Satu perkara baharu yg mungkin boleh dikongsikan di sini, tentang perkataan "pecah telur" yang digunakan oleh peniaga-peniaga di Pasar Acheh. Istilah tu merujuk kepada tawaran harga yg bagus untuk pembeli pertama yg datang ke kedai tersebut. Maksudnya pembeli ada peluang la nak dapatkan harga yg murah-murah sebelum dibuka kembali harga asal jualan. Emm tapi pada saya tak semestinya harga pecah telur tu lebih murah dari harga asal jualan. Tapi sebenarnya bergantung kepada kita, pandai tawar-menawar, dapatlah harga yg terbaik. Hehe. Sebab waktu sy lalu di satu port di kedai-kedai belakang Pasar Acheh, penjual tu kata baju yang dia nak jual tu, dia beri harga 40 ribu rupiah (kira murah dah tu). Mula-mula malas nak beli lagi. Bila jumpa kedai tshirt lain di kedai yg lebih ke dalam, saya malas nak fikir & cari lagi, maka saya terus membeli di situ, dengan harga 50 ribu rupiah sehelai. Rupanya bila lalu semula untuk keluar ke bahagian hadapan, peniaga tshirt yg pertama tadi menjual baju tshirtnya dengan harga 35 ribu rupiah! Alahaii. Bukan rezeki saya lah tu. Hehe.

Selesai membeli-belah di Pasar Acheh, kami ke Masjid Baiturrahman, salah satu masjid yg tidak terjejas sewaktu Banda Acheh dilanda tsunami. Subhanallah, kawasan masjid tu amat luas. Waktu kami ke sana, terdapat kerja-kerja pembinaan yg sedang dilakukan. Tapi orang tetap ramai berkunjung ke sana untuk menunaikan solat & menikmati pemandangan. Terdapat payung besar di sekitar masjid tersebut, macam di Madinah kata acik-acik ni. Saya mengiakan je sebab belum pernah sampai ke Tanah Suci tu. Moga-moga Allah izinkan saya sampai ke sana pula nanti, aminn.

Pemandangan dari luar Masjid Baiturrahman
Usai solat, kami ke Spesifik Acheh untuk menikmati makanan tengahari. Harini baru jumpa lauk ikan setelah dua hari dijamu dengan lauk ayam. Hihi. Rupanya di sini pun ada asam pedas. Sedap juga rasanya. 😉👍
Runah Makan Spesific Acheh
Hidangan penuh atas meja
Dah kenyang, kami dibawa pula ke sebuah pusat penjagaan anak-anak yatim, SOS Desa Taruna Banda Acheh. Tempat ni agak unik pada saya, sebab anak-anak yatim ini dipelihara oleh keluarga angkat masing-masing dalam satu kawasan yg sama. Tiap anak ada pengasuhnya, gituu. Rumah-rumah untuk pengasuh dan anak yatim turut disediakan dalam kawasan tersebut. Serius macam kawasan perumahan. Cantik pula tu susun atur dan landskapnya. 😊

Kami turut melancarkan sedikit sumbangan kilat untuk pusat penjagaan ini. Harapnya anak-anak yatim yg tinggal di pusat penjagaan tersebut tak merasa sunyi akibat ketiadaan ibu dan bapa. Kehidupan mereka di sana pun ibarat satu keluarga. Kemudahan disediakan mengikut keperluan anak-anak ini. Climbing wall dan kolam kecil pun ada untuk anak-anak ini beraktiviti pada waktu lapang. Best kan?
Ada visi dan misinya 👍
Bergambar dengan beberapa orang anak yatim yang menghuni di sini
Antara rumah yang disediakan
Bergambar kenangan dengan warga SOS Desa Taruna
Kemudian kami bergerak ke Dayah/Pesantren Istiqomatuddin Darul Muarrif. Di pesantren ini jugalah anak kepada Ustaz Habibillah dihantar untuk menuntut ilmu. Mendengar perkongsian para pelajar dari Malaysia membuat hati tersentuh. Mereka amat dahagakan ilmu dan dididik untuk cinta akan kemanisan ilmu. Subhanallah. Saya pesan pada mereka, belajar betul-betul sebab di negara kita dah makin kurang orang-orang yg betul-betul mahir dalam bidang agama. Moga-moga mereka berjaya memaknakan ilmu yg dituntut tu dengan sebaiknya, amin!

Nota : Perkataan "Dayah" berasal dari perkataan bahasa arab "zawiyah" yang bermaksud "sudut" yang merujuk kepada tempat menimba ilmu. Bila perkataan tu masuk ke Indonesia, mungkin kerana sukar disebut atau entah macam mana, akhirnya bertukar kepada sebutan "dayah". Kisah ini diceritakan oleh salah seorang tenaga pengajar di Dayah/Pesantren Istiqomatuddin Darul Muarrif. 
Di pintu gerbang Pesantren Istiqomatuddin Darul Muarrif
Sayu pula saat melihat Ustaz Habibillah menitipkan pesanan untuk anaknya.
Moga anak beliau menjadi orang soleh yg berjaya, amin!
Dah penat pusing-pusing, kami berhenti makan bakso di warung Bakso Jodoh. Asal-usul nama warung ni? Tak tanya pula pada yang empunya warung. Haha. Tapi baksonya memang enak! Recommended kalau nak pergi untuk makan. Kalau nak cari jodoh kat situ cubala, tunggu je depan kedai sampai terjumpa jodoh yang dicari. Haha. Ok gurau je tu. 😋
Nak jugak tu bergambar kat sini 😶
Ini baksonya. Enak sekali!
Kononnya makan tiga mangkuk. Hihi 
Hari pun semakin malam. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di kedai-kedai cenderahati berhampiran Masjid Baiturrahman untuk membeli cenderahati jika ada yang belum cukup atau duit masih banyak. Hehe. Ada satu kedai ni, kedai Souvenir Putra Acheh, sangat recommended kalau nak pergi. Sebab fridge magnet boleh dapat 50 ribu rupiah sahaja untuk sedozen (12 pcs)! Hihi. Barang lain rasanya lebih kurang sama kot dengan kedai-kedai sebelahnya. Tak tengok sangat sebab dah mula penat. Huhu.

Selepas membeli cenderahati, Ustaz Habibillah mempelawa kami makan durian Acheh! Hehe. Alhamdulillah rezeki. Moga diperluaskan lebih lagi rezeki ustaz.
Durian dia memang sedap betul! 
Malam tu kami berkemas-kemas di hotel sebab esok pagi-pagi dah kena check out. Pada hari akhir pun ada kejadian yg mencemaskan berlaku. Huhu. Nantikan sambungannya pada episod akan datang! Dah macam rancangan tv dah. Haha. Hingga ketemu lagi!