Tuesday, September 29, 2015

3 Fakta Tentang Jerebu Yang Anda Perlu Tahu

Sumber : Google

Harini murid dan guru 'terpaksa' bercuti sebab lewat petang semalam (28 September 2015) baru dapat arahan secara hitam putih dari pihak KPM supaya guru dan murid tidak ke sekolah kerana IPU (indeks pencemaran udara) yang agak teruk di Johor dan Melaka. Astro Awani pun ada update juga di sini. Boleh juga klik link media lain untuk info lanjut.

Konon-konon tak ada kerja, meh nak update tentang :
3 Fakta Tentang Jerebu Yang Anda Perlu Tahu

1. Apa yang menyumbang kepada terjadinya jerebu?

- Pembakaran secara terbuka
- Penggunaan bahan bakar yang 'kotor'
- Penggunaan minyak yang mengandungi plumbum utk kenderaan
- Kawalan pencemaran yg tidak berkesan
- Pelbagai semburan atau aerosol
- Pelbagai pembakaran yg menyumbang kepada terhasilnya asap
- Mungkin juga pembakaran rokok


2. Siapa golongan yang berisiko tinggi terdedah kepada bahaya jerebu?

*menurut Bahagian Kawalan Penyakit (1998): 
- Kanak-kanak dan bayi
- Orang tua
- Perokok
- Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah
- Golongan berpenyakit seperti:
# Asma
# Bronkitis
# Radang paru-paru
# Penyakit paru-paru yang kronik
# Penyakit jantung
# Alahan


3. Apa kesan jerebu kepada kesihatan manusia? 

- Gangguan saluran pernafasan & paru-paru seperti asma/lelah, sesak nafas dan radang paru-paru
- Mata terasa pedih-pedih,berair dan rengsa serta menyebabkan konjuntivitis
- Kepala berasa berat dan sakit
- Dada ketat dan terasa sesak
- Letih yang berlebihan dari biasa
- Ketidakstabilan emosi
- Gangguan kepada hormon terutama wanita
- Kesan kepada ibu yang mengandung dan juga kepada janin
- Mungkin menyebabkan maut jika gangguan pernafasan menyebabkan serangan asma atau bronchitis yang teruk

*partikel terampai ini boleh menyebabkan kesan kepada: 
 · Kematian bayi dalam kandungan
 · Masalah pernafasan
 · Asma yang kritikel
 · Bronkitis yang kronik
 · Kerosakan paru-paru


Tak ramai yang tahu tentang 3 fakta ni. Kadang-kadang orang malas nak ambil tahu, sebab setiap tahun pasti akan alami fenomena jerebu ni di negara kita. Mahu atau tidak, perlu untuk kita ambil tahu sebab  kesan buruknya melibatkan kesihatan diri dan juga orang sekeliling kita.

Banyak lagi fakta tentang jerebu ni. Tapi saya kongsikan sedikit je, hasil carian internet. Sebab saya bukan pakar bahagian ni. Nak elak tak boleh, sebab jerebu melibatkan udara sekeliling. Jadi, ambillah beberapa langkah pencegahan seperti memakai penutup mulut dan hidung, minum air masak yang banyak, kerap berwudhu (sebab wudhu membasuh muka, hidung dan mulut) dan kurangkan aktiviti outdoor.
_ _________________________ _


Sedap je tengok makhluk berbulu (Si Nomi) tu tidur. Dah la malam tadi dia tidur paling lena, lepas tu pukul 5 dah kejut-kejut kita suruh bangun pergi sekolah. Last-last pagi ni dia yang bantai tidur tak sedarkan diri atas tilam. Yela, memang dia punya pun tilam tu. Ngeh. Okey, jom sambung buat kerja sekolah. Sekejap lagi nak balik kampung. Esok pula nak ke Melaka, utk bertugas sebagai AJK utk Kem Imam Remaja. Sambung 'bercuti' kononnya. Selamat menjaga kesihatan! :)


Sumber info :
https://www.facebook.com/imedikedah/posts/389730204480686?stream_ref=5 


Friday, September 25, 2015

Tentang Aidiladha

Sumber : Google

Bila sebut Aidiladha, mesti kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anakanda baginda, Nabi Ismail a.s akan disebut sama. Kenapa?

Sebab pengorbanan yang dilakukan oleh ayah dan anak ini menunjukkan kecintaan dan ketaqwaan kedua-dua hamba Allah ini terhadap Penciptanya. Justeru, kita perlu berusaha untuk mencontohi sifat yang ditunjukkan oleh kekasih Allah ini.

Tapi mencontohi yang bagaimana? Sembelih anak? Uiiii jangan!! Mimpi Nabi Ibrahim menyembelih anakanda baginda Nabi Ismail tu bukan mimpi biasa yang orang lain juga alami. Tidak. Perlu diingat, perintah Allah menyuruh Nabi Ibrahim mengorbankan Nabi Ismail tu hanya khusus untuk Nabi Ibrahim sahaja.

Habis tu, bagaimana?

Saya yang menulis memang pandai menulis. Namun dari segi aplikasi memanglah sangat kurang dan sangat lemah. Bukan mudah bagi seorang hamba untuk menunjukkan sepenuh kecintaan dan pengorbanan sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anakandanya Nabi Ismail a.s, melainkan dengan KEIMANAN. Ya, dengan iman yang sebenar, dengan menjadi mukmin yang sebenar.

Caranya bagaimana? Jangan ditanya kepada yang kurang arif seperti saya. Banyakkan bertanya dan berguru kepada alim ulama dan para asatizah yang lebih faqih. :)

Moga-moga Aidiladha memberi bermacam pengajaran dan pelajaran buat kita. Selamat meraikan Hari Raya Aidiladha!

11 Zulhijjah 1436H
25 September 2015M

Monday, September 21, 2015

Turn Over A New Leaf





Buka-buka blog baru terus bagi tajuk dengan bahasa Inggeris. Heh.
Apa maksud bagi idiom ni? Jom kita baca sikitt : 

 The term "to turn over a new leaf" is used to refer to making a new start. It is often used specifically to describe changes in personal behavior that are made with the goal of being a better person. 

Alhamdulillah, akhirnya wujud juga blog kedua (oh, sebenarnya ketiga) selepas blog It's All About Life, blog lama yang dah lama dikunci selama ni. Harapan saya adalah nak kembali berblogging dan merasai semula rasa keterujaan berblogging macam satu masa dulu. Fuhh. Moga-moga dengan kewujudan semula domain bintusazali dalam dunia blogspot ni mampu memberi manfaat buat diri ini dan juga kepada yang membaca. Mudah-mudahan. :) 

Tak dan nak berucap panjang. Saya budak baru nak belajar, kalau salah mohon ditunjukkan. Wallahua'lam. 

Let's spread the good words!